GEORGE TOWN : Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat dijangka menjadi pemangkin baharu kepada pertumbuhan industri halal di negara ini. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, menerusi perjanjian itu ia membuka akses pasaran bebas tarif kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) halal Pulau Pinang untuk menembusi pasaran Amerika Syarikat (AS). Kata beliau, inisiatif itu juga berpotensi menjadikan aktiviti eksport lebih mudah dan efektif daripada segi kos selain membolehkan PKS…










