RAUB: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Raub bertindak pantas membantu empat mangsa banjir selepas kereta jenis Toyota Vios dinaiki mereka tersangkut dalam longkang di Kampung Tersan, laluan Raub ke Lipis di sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi hari ini itu, dua lelaki dan dua wanita diselamatkan, termasuk seorang warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU).
Wanita OKU terbabit kemudiannya dihantar ke Hospital Raub untuk rawatan lanjut.
Difahamkan, kesemua mangsa dalam perjalanan dari Kelantan untuk pulang ke Kuala Lumpur sebelum terperangkap akibat banjir di kawasan berkenaan. – UTUSAN










