KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terus komited memperkukuh ekosistem penyelidikan negara dengan menjadikan Anugerah Saintis Muda Negara 2025 sebagai platform utama menghubungkan saintis muda dengan pemain industri dan institusi penyelidikan. Menterinya, Chang Lih Kang berkata, penyelidik tidak boleh bergerak secara bersendirian, sebaliknya memerlukan kerjasama pelbagai pihak bagi memperkukuh ekosistem penyelidikan negara. “Ini merupakan inisiatif untuk mengiktiraf saintis muda dan pada masa sama menghubungkan mereka dengan pemain industri…










