PETALING JAYA: Syarikat penerbangan khususnya AirAsia disaran menawarkan tambang khas bawah RM300 bagi perjalanan pergi dan balik kepada pengundi Sabah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17. Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir berkata, walaupun AirAsia baru-baru ini mengumumkan promosi khas ‘Jom Balik Undi’ dengan tambang serendah RM299 sehala, kadar tersebut masih terlalu tinggi bagi kebanyakan rakyat Sabah khususnya golongan B40 dan M40. “Dengan kadar RM299 sehala, kos perjalanan…










