AI bukan penentu nasib manusia - Utusan Malaysia

AI bukan penentu nasib manusia

ANWAR Ibrahim (tengah) bersama Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) dan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa sidang akhbar penutup lawatan kerja tiga hari di Korea Selatan. – PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Teknologi ke­cer­dasan buatan (AI) tidak se­pa­tutnya menjadi platform me­­­nentukan nasib manusia, se­­baliknya perlu berperanan me­­ningkatkan kreativiti, memperkasa komuniti dan menyema­rakkan semangat kemanusiaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia menyokong penggunaan AI untuk meningkatkan penge­ta­huan, mempercepat inovasi, mengembangkan peluang dan meningkatkan masyarakat.

Katanya, kemajuan AI tidak boleh mengganggu prinsip mo­ral dan alam sekitar, seiring dengan usaha Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang mempromosikan AI dan transformasi teknologi untuk memajukan pem­bangunan.

Beliau berkata, negara anggota APEC perlu mengambil perhatian terhadap kebolehcapaian dan jurang digital bagi memastikan tiada amalan diskriminasi daripada segi penggunaan teknologi baharu.

“Lebih setengah abad yang lalu, ahli falsafah Jerman, Martin Heidegger mengingatkan kita bahawa intipati teknologi bukanlah terletak pada mesin yang kita bina, tetapi bagaimana teknologi membentuk semula pemikiran, tingkah laku dan tujuan kita.

“Ini relevan pada hari ini. Beliau memberi amaran bahawa sama ada kita meraikan teknologi atau menolaknya, kita berisiko menjadi tidak bebas dan terikat dengannya.

“Wawasan ini sangat re­levan pada hari ini, dan saya percaya, (untuk kita) kekal sebagai manusia, isu ini harus ditangani dan APEC mesti menerajui,” katanya ketika berucap pada hari terakhir Mesyua­rat Pe­mimpin Ekonomi APEC (AELM) di Gyeongju, Korea Selatan semalam.

Perdana Menteri berlepas pulang ke tanah air semalam selepas menamatkan lawatan kerja tiga hari ke Korea Selatan.

Pesawat membawa Anwar berlepas dari Pangkalan Udara Gimhae di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae, Busan pada pukul 3.08 petang waktu tempatan (2.08 petang waktu Malaysia).

Dalam pada itu, hasil pertemuan dengan delegasi perniagaan Korea Selatan di luar AELM, Anwar berkata, lawatan itu berjaya menjana komitmen eksport lebih setengah bilion membabitkan sektor ammonia hijau dan urea mampan.

Ia merupakan hasil kerjasama dengan Namhae Corporation, pengeluar terbesar baja kimia dan produk kimia dari Korea Selatan.

Anwar berkata, kerjasama JS Link dengan Lynas Malaysia pula membabitkan pembinaan fasiliti pembuatan super magnet bernilai RM600 juta, sekali gus memperkukuh rantaian bekalan mineral kritikal dan teknologi bersih.

“Lynas sudah mula berope­rasi, namun dengan pengliba­tan JS Link, keupayaan pemprosesan dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi.

Saya juga akan memastikan kerjasama dengan kerajaan negeri diperkukuh bagi mempercepatkan proses pelaksanaan, supaya mereka dapat bergerak dengan lebih pantas dalam masa terdekat.

“JS Link ini menarik kerana telah mula menjalinkan kerjasama dengan Lynas di Pahang dan telah mengadakan beberapa persiapan awal. Saya akan bertemu dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada esok (hari ini).

“Manakala pada Isnin, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz akan meninjau serta mendapatkan maklumat lanjut me­ngenai pelaburan tersebut memandangkan ia amat penting,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN