Ahli PGRS tanding Bebas dipecat serta-merta

Ahli PGRS tanding Bebas dipecat serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) mengeluarkan amaran tegas bahawa mana-mana ahlinya yang memilih untuk bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah dipecat serta-merta.

Setiausaha Agung PGRS, Datuk Mohammad Razali Razi berkata, tindakan bertanding atas tiket bebas adalah bercanggah dengan pendirian parti yang menjadi komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“PGRS menegaskan bahawa individu yang membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan parti, walaupun mereka merupakan ahli berdaftar atau pemimpin dalam organisasi tersebut.

“Pihak parti telah membuat keputusan untuk memecat serta-merta mana-mana ahli parti yang melanggar ketetapan ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, PGRS menyeru semua penyokong dan jentera parti untuk terus memperkukuh kesatuan dan memberikan tumpuan penuh menjelang Pilihan Raya Umum DUN Sabah 2025.

Terdahulu, Datuk Dr. Roland Chia Ming Shen mengesahkan beliau telah keluar daripada Gagasan Rakyat untuk bertanding sebagai calon Bebas di kerusi N18 Inanam pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17.

Beliau yang sebelum ini merupakan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Inanam, berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti secara dekat pandangan dan saranan para penyokongnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN