92.5% pengundi awal tunai tanggungjawab

92.5% pengundi awal tunai tanggungjawab

RAMLAN HARUN (dua dari kanan) bersama beberapa pegawai SPR meninjau proses pembuangan undi awal di Dewan Serbaguna IPD Tawau semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Sejumlah 92.5 pe­ratus atau 17,615 orang pengundi terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, anggota polis serta Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan melaksanakan ta­nggung­jawab mereka sebagai pengundi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, jumlah itu membabitkan pengundi awal yang keluar mengundi sehingga pukul 3 petang.

Meskipun cuaca dan hujan lebat yang berlaku di sesete­ngah kawasan negeri ini, namun ia tidak menghalang pengundi terdiri daripada anggota tentera dan polis serta pasangan masing-masing untuk keluar mengundi di lokasi ditetapkanPengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pihaknya meletakkan sasaran peratusan keluar mengundi sehingga 90 peratus sehingga tamat proses pengundian pada sebelah petang.

“Proses pengundian awal berjalan lancar dan menunjukkan perkembangan yang amat positif. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah turun awal,” katanya ditemui ketika melawat pusat pengundian awal P190 Tawau di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati proses pengundian berlangsung di 58 pusat pengundian awam mula serentak di seluruh negeri pada 8 pagi dan ditutup pukul 5 petang berjalan lancar.

Antara pusat mengundi awal ialah ibu pejabat polis daerah serta kem tentera seluruh ne­geri.

Di Sekolah Agama Rakyat Kem Lok Kawi, Putatan mendapati pengundi awal terdiri dalam kalangan anggota tentera dan pasangan masing-masing hadir seawal 7.30 pagi, beratur sementara kaunter peng­undian dibuka pukul 8 pagi.

Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin ditemani isterinya, Datin Noriza Md Rashid antara yang paling awal datang bagi mengundi pukul 8 pagi.

Proses pengundian berjalan teratur dengan kawalan petugas SPR manakala semua peng­undi mematuhi tatacara yang ditetapkan.

Di Tuaran, cuaca mendung dan hujan tidak menghalang pegawai polis dan anggota keluarga mereka menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRN kali ini.

Lebih 100 anggota polis pelbagai pangkat mengundi sebaik tempat mengundi di buka bermula pukul 8 pagi.

Pemerhatian di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah (IPK) Kepayan mendapati proses pengundian untuk anggota polis yang tidak dapat pulang daerah masing-masing berjalan lancar.

SPR sebelum ini memaklumkan kertas undi awal tidak dikira, sebaliknya disimpan dengan keselamatan ketat sebelum proses pengiraan dijalankan pada 29 November iaitu pada hari pengundian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×