4,215 graduan UniSZA dirai dalam konvokesyen ke-17

4,215 graduan UniSZA dirai dalam konvokesyen ke-17

FADZLI Adam (depan, kiri) berbincang dengan ahli jawatankuasa konvokesyen ketika meninjau perjalanan raptai Majlis Idul Ilmi Konvokesyen ke-17 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak, Terengganu. – MINGGUAN/NURSYASYA NADHIRAH ZABIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seramai 4,215 graduan Universiti Sultan Zai­nal Abidin (UniSZA) diraikan pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Ke-17 yang berlangsung lima hari bermula hari ini, di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Kampus Gong Badak, di sini.

Majlis penuh bermakna itu disempurnakan Canselor UniSZA, Sultanah Nur Zahirah pada sidang pertama.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Fadzli Adam berkata, konvokesyen kali ini menyaksikan 121 graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) manakala 87 graduan menerima Ijazah Sarjana dan 431 lagi dianugerahkan Diploma Pascasiswazah Pendidikan.

“Sebanyak 2,492 graduan pula menerima Ijazah Sarjana Muda melibatkan 12 fakulti dengan Fakulti Kontemporari Islam (FKI) mencatat jumlah penerima tertinggi iaitu seramai 530 orang,” katanya.

Ujarnya, Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP) mencatatkan 406 penerima diikuti Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG) sebanyak 242 graduan dan Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) seramai 278 orang.

Selain itu, Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) melahirkan 232 graduan, Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM) sebanyak 147 orang, Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) 205 orang manakala Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) pula 86 orang.

Sementara itu, Fakulti Perubatan mencatatkan 125 graduan, Fakulti Sains Kesihatan (FSK) 156, Fakulti Farmasi (FF) 48 dan Fakulti Perubatan Vete­rinar (FPV) 38 orang.

Bagi kategori diploma pula, seramai 1,084 graduan diraikan melibatkan tujuh fakulti dengan FKI mencatat jumlah tertinggi iaitu 424 orang, diikuti FPP (288 orang), FIK (133 orang), FRIT (51 orang), FSK (57 orang), Fakulti Perubatan (53 orang) dan FUHA (78 graduan).

Fadzli berkata, pada majlis sama, Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan dianugerahkan kepada bekas atlet olahraga kebangsaan, Datuk Chin Leng Sim @ Marina Chin sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar beliau dalam bidang sukan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN