3,954 penjawat awam di Pulau Pinang terima BKK

3,954 penjawat awam di Pulau Pinang terima BKK

CHOW Kon Yeow ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seramai 3,954 anggota perkhidmatan awam di Pulau Pinang dijangka menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak 0.75 bulan gaji atau tiga perempat bulan gaji dengan bayaran minimum sebanyak RM1,000.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow ketika mengumumkan perkara itu berkata, BKK diberi sebagai apresiasi dan penghargaan terhadap mereka.

Pada masa yang sama, beliau berkata, seramai 3,358 individu juga layak untuk menerima imbuhan secara ‘one-off’ sebanyak RM300 daripada kerajaan negeri.

“Antara penerima imbuhan ini termasuk penyelia dan guru Kelas Al-Quran serta Fardu Ain (KAFA), guru Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), guru Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), kakitangan Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

“Turut diberi imbuhan ialah guru tahfiz, guru pondok, guru tadika Islam (TADIS) serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang,” katanya ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Tambah beliau, BKK serta imbuhan secara ‘one-off’ itu bakal melibatkan unjuran implikasi kewangan sebanyak RM11.49 juta dan akan dibayar pada Disember 2025.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN