352 calon SPM KL tidak hadir, majoriti berhenti sekolah

352 calon SPM KL tidak hadir, majoriti berhenti sekolah

MEGAT AFFANDI ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 352 calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2025 di kawasan sekitar Kuala Lumpur direkodkan tidak hadir dengan majoritinya telah berhenti sekolah sebelum peperiksaan bermula.

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Megat Affandi Ismail berkata, sebahagian calon memilih untuk bekerja dan tidak lagi mahu mengikuti pengajian formal.

Menurutnya, ada juga calon terlibat dengan faktor kesihatan yang agak membimbangkan yang menyukarkan mereka meneruskan persekolahan.

“Kesemua calon yang yang telah berhenti berikut telah telah mendapat kebenaran atas sebab tertentu untuk tidak mengambil SPM,” katanya pada sidang akhbar selepas menyantuni calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Kiaramas, di sini hari ini.

Beliau turut berkata, JPWPKL turut menerima laporan beberapa calon mengalami masalah kesihatan dan diberikan kebenaran untuk menduduki peperiksaan di hospital.

“Di Kuala Lumpur, terdapat 22 hospital dan pusat perubatan turut bersiap siaga menerima calon yang membabitkan kes kecemasan dan sehingga kini terdapat 15 orang calon yang direkodkan akan menjawab SPM di hospital atas alasan tertentu seperti sakit dan kecederaan teruk akibat kemalangan.

“Kami turut menyediakan pusat khidmat kaunseling yang terdiri daripada guru sekolah untuk calon-calon yang mempunyai masalah persendirian.

“Calon diminta agar sentiasa bersifat terbuka untuk berkongsi sebarang masalah kepada kaunselor khususnya pada musim peperiksaan SPM ini agar fokus mereka terhadap peperiksaan tidak terjejas dan membolehkan mereka menjawab kertas peperiksaan dengan jayanya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN