KUALA LUMPUR: Seramai 352 calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2025 di kawasan sekitar Kuala Lumpur direkodkan tidak hadir dengan majoritinya telah berhenti sekolah sebelum peperiksaan bermula. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Megat Affandi Ismail berkata, sebahagian calon memilih untuk bekerja dan tidak lagi mahu mengikuti pengajian formal. Menurutnya, ada juga calon terlibat dengan faktor kesihatan yang agak membimbangkan yang menyukarkan mereka meneruskan persekolahan. “Kesemua calon yang…










