GOMBAK: Sebanyak 335 projek swasta diklasifikasikan sebagai sakit direkodkan di seluruh negara sehingga 31 Oktober lalu. Pada masa sama, Task Force Projek Perumahan dan Kerajaan Tempatan (TFST) merekodkan sebanyak 111 projek lewat dan 105 projek terbengkalai di seluruh negara. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, semua projek tersebut kini sedang dipantau rapat oleh kementeriannya. Malah, menurut beliau, mesyuarat TFST pada 21 November lalu mendapati terdapat…










