IPOH: Kerajaan negeri memperuntukkan bantuan khas RM1,000 seorang kepada kira-kira 3,000 bakal jemaah haji Perak untuk musim haji 1447H/2026M. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, insentif tersebut melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM3 juta. “Warkah belanjawan ini membawa khabar gembira kepada bakal-bakal jemaah haji negeri Perak. “Buat julung kalinya, kerajaan negeri akan memperuntukkan RM1,000 seorang kepada kira-kira 3,000 bakal jemaah haji yang akan menunaikan ibadah haji pada tahun hadapan,”…










