KUALA LUMPUR: Seramai 21,585 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di 165 pusat peperiksaan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Megat Affandi Ismail berkata, kesemua calon tersebut akan memulakan peperiksaan tersebut pada hari ini di 165 pusat peperiksaan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Menurutnya,secara keseluruhan, terdapat seramai 21,585 calon yang terdiri daripada 16,197 calon sekolah kerajaan, 237 orang…










