KUALA TERENGGANU: Situasi banjir di negeri ini bertambah baik apabila hanya tinggal 18 mangsa daripada lima keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 5.20 petang ini. Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, semua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Gasing, Marang, dekat sini. “Mangsa daripada lima keluarga ini melibatkan lima lelaki, wanita (lapan orang), kanak-kanak lelaki (tiga orang) dan kanak-kanak perempuan dua…










