LANGKAWI: Seramai 11 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditemukan hanyut di perairan ini selepas bot dinaiki karam dekat Pulau Tarutao, Thailand dituduh di Mahkamah Sesyen kerana memasuki negara ini tanpa dokumen sah, dua minggu lalu. Mereka terdiri daripada tujuh lelaki Myanmar iaitu Rozibullah; Muhamad Yasin; Nurhossain dan Mofizuirahaman yang masing-masing berusia 17 tahun; Eman Shorif, 18, Anowar Hason, 21, dan Rahmatullah, 43, serta seorang wanita Myanmar, Senowara, 28.…










