Korban PATI bot karam meningkat 27 mangsa

Korban PATI bot karam meningkat 27 mangsa

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) insiden bot karam dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan sempadan Malaysia-Thailand diteruskan hari ini dengan tumpuan kepada usaha mengesan mangsa yang masih hilang.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, operasi yang disambung pada pukul 7.30 pagi tadi melibatkan kekuatan seramai 180 pegawai dan anggota serta 12 aset pelbagai agensi penyelamat.

Katanya, kapal Maritim Malaysia KM TENGGOL menemukan satu mayat lelaki dewasa di perairan Teluk Apau, malam tadi sebelum dibawa ke jeti Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Pada pukul 9.39 pagi tadi, Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Langkawi menerima laporan daripada nelayan tempatan mengenai penemuan satu mayat kanak-kanak perempuan kira-kira 5.8 batu nautika dari Pulau Cupu.

“Sehingga kini, jumlah keseluruhan mangsa yang berjaya ditemui di perairan kita adalah seramai 41 orang yang terdiri daripada 14 mangsa terselamat iaitu 12 lelaki dan dua wanita.

“Manakala 27 mangsa disahkan maut melibatkan 13 lelaki, sembilan wanita, dua kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan,” katanya di sini, hari ini.

Tambah beliau, kawasan pencarian meliputi 260.15 batu nautika persegi yang dibahagikan kepada 12 sektor pencarian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×