PETALING JAYA: Kerajaan disaran meneliti semula mekanisme meningkatkan pendapatan doktor melalui pemberian elaun khas atau tambahan, berbanding langkah memotong elaun ahli Parlimen bagi tujuan sama. Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Parlimen, Suhaizan Kaiat berkata, cadangan memotong elaun wakil rakyat bukan penyelesaian jangka panjang dalam menangani isu kadar elaun doktor yang rendah. Sebaliknya kata beliau, kerajaan perlu menumpukan usaha memperbaiki persekitaran kerja dan struktur ganjaran supaya golongan profesional kesihatan berkhidmat dengan…