KOTA KINABALU: Parti Warisan perlu menang lebih banyak kerusi pada pilihan raya nanti untuk membolehkan kembali memerintah negeri ini. Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, oleh sebab itu parti pimpinannya memilih bertanding secara solo di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Katanya, Warisan juga menetapkan pendirian tidak akan bergabung dengan mana-mana parti lain untuk membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17). “Warisan ingin membentuk kerajaan sendiri…