Warga emas lemas di Pantai Batu Buruk dipercayai kemurungan

Warga emas lemas di Pantai Batu Buruk dipercayai kemurungan

ANGGOTA penyelamat membawa naik mayat Soh Eng Sin yang ditemukan lemas di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. - UTUSAN / PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki warga emas yang ditemulam lemas di Pantai Batu Buruk di sini, petang semalam dipercayai mengalami kemurungan.

Mangsa, Soh Eng Sin, 74, dari Taman Padang Midin ditemukan orang awam di belakang sebuah restoran makanan segera kira-kira pukul 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.34 petang berhubung penemuan mayat lelaki berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati, isteri mangsa memaklumkan suaminya dilihat mengalami kemurungan sejak kebelakangan ini berikutan masalah kesihatan termasuk penyakit kanser prostat dan darah tinggi.

“Pada pukul 10 pagi semalam, mangsa memberitahu isterinya bahawa dia ingin keluar bersama rakannya ke Pantai Batu Buruk. Rakannya itu kemudian menghantar mangsa ke lokasi dan menurunkannya di hadapan restoran makanan segera berkenaan dan memaklumkan akan menghubungi semula rakannya itu apabila ingin pulang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, apabila mangsa tidak pulang ke rumah sehingga pukul 2 petang, isterinya mula bimbang dan meminta jiran serta adiknya mencari di sekitar kawasan pantai berkenaan, namun usaha itu gagal.

“Tidak lama kemudian, keluarga dimaklumkan bahawa mangsa telah ditemukan  tidak bernyawa di tepi pantai,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×