KOTA BHARU: Wanita tertua di Kelantan, Siti Liah Mamat, menghembuskan nafas terakhir pada usia 124 tahun di rumahnya di Kampung Dusun Raja, Panji, di sini, malam semalam. Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam akibat sakit tua. Cucu beliau, Azhar Mustapha, 50, berkata arwah pergi dengan tenang di sisi keluarga termasuk anak-anak dan cucu yang berkumpul di rumah berkenaan. “Arwah nenek tidak selera makan sejak tiga hari lalu, namun sebelum…