PUTRAJAYA: Pelantikan Ahli Kaukus Antirasuah dalam kalangan wakil dewan perniagaan merupakan langkah penting memperkukuh usaha mempromosikan etika dan ketelusan dalam urusan perniagaan di negara ini. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, inisiatif tersebut bukan sahaja memperkukuh kerjasama strategik antara SPRM dan komuniti perniagaan malah membuktikan kesediaan sektor swasta untuk bersama menjayakan agenda integriti dan tadbir urus yang baik. “Penyertaan aktif dewan perniagaan dalam Kaukus…