KUALA TERENGGANU: Minat mendalam terhadap dunia perkapalan dan pengalaman lebih dua dekad dalam industri luar pesisir mendorong empat sahabat melabur jutaan ringgit bagi membina bot nelayan moden pertama di negara ini yang diperbuat daripada aluminium marin berteknologi tinggi dari Greece serta Rusia. Bot laut dalam bernilai RM2.8 juta itu dibangunkan hasil usaha sama jurutera berpengalaman, Azmir Abdullah, 50, bersama tiga rakan kongsi berlainan latar belakang iaitu Zubir Abu Bakar, 51;…