PETALING JAYA: Kerajaan sedang giat berhubung dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk melalui saluran diplomatik bagi memastikan sukarelawan dan aktivis Malaysia, ASEAN serta antarabangsa yang ditahan dibebaskan segera. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setiap perkembangan berkaitan proses pembebasan itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa bagi memastikan keluarga tahanan mendapat maklumat terkini. “Kepada ahli keluarga semua aktivis dan sukarelawan, semoga terus diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi detik mencabar…