Uqasha Senrose fail cerai 1 Oktober lalu, tidak tinggal sebumbung?

Uqasha Senrose fail cerai 1 Oktober lalu, tidak tinggal sebumbung?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Uqasha Senrose, sudah memfailkan cerai terhadap suaminya yang juga selebriti, Kamal Adli di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.

Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, dijangka hadir ke mahkamah bagi menghadiri prosiding sebutan cerai kali pertama hari ini.

Menurut sumber terdekat Utusan Malaysia, rumah tangga pasangan itu sudah bergolak sejak April lalu namun bukan disebabkan oleh orang ketiga.

Bagaimanapun, mereka sudah tidak tinggal sebumbung memandangkan Uqasha kini menetap di rumah ibunya.

Terdahulu, beberapa hantaran berupa luahan hati  Uqasha mengundang pelbagai reaksi netizen, malah ada yang mengaitkan hantaran tersebut dengan situasi rumah tangga yang mungkin sedang bergolak.

Walau bagaimanapun, Uqasha memilih mengunci mulut ketika ditemui media di program MeleTOP malam tadi.

Uqasha Senrose dan Kamal Adli sah bergelar suami isteri pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN