UPM mohon maaf kes racun, tembak anjing liar

UPM mohon maaf kes racun, tembak anjing liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Putra Malaysia (UPM) memohon maaf susulan insiden menembak dan meracun anjing liar di kawasan kampus yang tular di media sosial, baru-baru ini.

UPM berkata, pihak­nya memandang serius isu berkenaan yang dilaporkan berlaku penghujung tahun lalu, sambil menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan masyarakat mengenai kebajikan haiwan.

“Universiti komited memastikan setiap tindakan pengurusan haiwan liar dilakukan secara berhemah, beretika dan mematuhi peraturan semasa. Kami turut menghargai pandangan masyarakat tentang ke­pentingan menjaga keselamatan warga kampus,” katanya dalam ke­nyataan di sini semalam.

Sebelum ini, Naib Presiden Pertubuhan Per­lindungan Khazanah Alam Malaysia (Peka), Dr. Kartini Farah Rahim, mendakwa Pejabat Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) UPM, mengupah syarikat kawalan makhluk perosak, me­nembak dan meracun anjing liar dalam kampus.

Berikutan dakwaan itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad, mengesahkan sia­satan dijalankan bawah Seksyen 30(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015, memperuntukkan larangan pembunuhan haiwan secara tidak berperikemanusiaan.

UPM menyerahkan kes itu kepada polis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk sia­­satan.

Institusi berkenaan turut menangguhkan semua aktiviti pengendalian haiwan liar di kampus sehingga prosedur operasi standard (SOP) baharu dibangunkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN