PETALING JAYA: UMNO Sabah menegaskan pendiriannya menolak sebarang usaha Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Kerajaan Persekutuan melaksanakan pemberian hasil 40 peratus kepada negeri itu. Ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja boleh menjejaskan semangat kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan, malah berisiko membangkitkan semula isu lama yang sepatutnya telah diselesaikan dengan baik. Katanya, UMNO Sabah juga akan mengarahkan semua…