Trump jamin perjanjian perdagangan dengan Brazil dicapai segera

Trump jamin perjanjian perdagangan dengan Brazil dicapai segera

LUIZ Inacio Lula da Silva ketika sidang media sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).-UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi jaminan satu perjanjian perdagangan antara AS dan Brazil dapat dicapai susulan pertemuan kedua-dua pemimpin tersebut sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di ibu negara.

Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula Da Silva berkata, perbincangannya dengan Trump berlangsung dengan baik dan pihaknya keyakinan perjanjian itu akan dimeterai lebih cepat daripada jangkaan ramai.

Beliau berkata, AS sebelum ini mengenakan tarif sebanyak 50 peratus terhadap produk Brazil sebagai tindak balas terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atas bekas Presiden, Jair Bolsonaro.

Katanya, segala kejayaan turut bergantung kepada usaha Brazil sendiri.

“Saya menyifatkan keputusan terkini yang dibuat oleh AS terhadap Brazil adalah tidak tepat.

“Saya bersedia untuk membincangkan sebarang isu dengan Trump dan membantu AS dalam isu berkaitan Venezuela.

“Saya memberitahu beliau (Trump) bahawa penting untuk mengambil kira pengalaman Brazil sebagai negara terbesar di Amerika Selatan serta negara paling penting dari segi ekonomi dan mempunyai hampir seluruh rantau Amerika Selatan sebagai jiran,” katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Lula berkata, pertemuan itu membolehkan kedua-dua pihak saling memahami dengan lebih baik kerana hubungan antara pemimpin perlu berasaskan pengenalan secara peribadi bagi mewujudkan rasa saling menghormati.

“Penting untuk beliau mengenali siapa saya, dari mana asal saya dan bagaimana saya berfikir. Ini kerana hanya melalui pengenalan secara peribadi barulah wujud rasa hormat antara dua individu,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya telah mengarahkan pasukan rundingan supaya segera bertindakndan sekiranya keputusan minggu ini positif, beliau sendiri akan menghubungi Trump secara langsung.

“Kita bukan bayi yang perlu bantuan orang lain. Jika kita yang mempunyai kepentingan, maka kita perlu berusaha mendapatkannya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN