GEORGE TOWN : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa mengambil tindakan segera bagi meningkatkan kebolehcapaian di bangunan serta premis awam milik kerajaan untuk orang kurang upaya (OKU). Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, tinjauan CAP baru-baru ini mendapati, masih banyak kemudahan yang disediakan di lokasi itu seperti tandas, tanjakan serta laluan pejalan kaki yang selamat gagal memenuhi keperluan golongan tersebut.…