KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) memastikan tiga mata penuh menjadi milik mereka selepas menumbangkan Kelantan The Real Warriors (TRW FC) 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, di sini malam ini. Derbi Pantai Timur itu menyaksikan TFC menguasai perlawanan sejak awal permainan namun beberapa serangan merea dipatahkan barisan pertahanan TRW yang kental mengekang asakan tuan rumah. Skuad Penyu hampir membuka jaringan pertama menerusi pemain…