GEORGE TOWN: Proses tender pelaksanaan segmen kedua Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara yang melibatkan jajaran dari Macallum ke Penang Sentral masih dalam proses penilaian. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, setakat ini belum ada keputusan rasmi berhubung proses tender berkenaan kerana sedang diteliti Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) selaku pemilik dan pelaksana projek. “Ia masih dalam proses penilaian. Saya difahamkan, sebelum ini, MRT Corp juga…