Tak wajar dia tak tahu kenapa diceraikan - Nubhan

Tak wajar dia tak tahu kenapa diceraikan – Nubhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya tak mahu komen pasal nak berbaik itu.” Demikian jawapan penyanyi, Nubhan, 39, ketika mengulas mengenai ruang perdamaian dengan isteri Dr Afifah untuk, menyelamatkan rumah tangganya yang terbina hampir 10 tahun.

Kata Nubhan, pelbagai cara dibuat sebelum ini untuk mempertahankan perkahwinannya sebelum memilih jalan perceraian.

“Tak mungkin dia (isteri) tak tahu kenapa dia diceraikan. Kami telah berbincang beberapa kali. Malah saya berjumpa dengan ayahnya, ibu saudaranya untuk minta nasihat berhubung masalah rumah tangga kami.

“Saya juga telah merujuk masalah rumah tangga kami kepada pakar. Bukan saya tak buat semua itu. 10 tahun saya bertahan, berbagai cara saya buat untuk pertahankan rumah tangga.

“Sebab itu saya berpandangan tak wajar dia kata dia tak tahu kenapa dia diceraikan.

“Saya pun tak mahu bercakap lebih mengenai hal perceraian ini. 10 tahun kami bersama, biarlah saya simpan sendiri kisah di sebalik perceraian ini,” katanya.

Nubhan berkata demikian ketika majlis memperkenalkan 13 peserta Gegar Vaganza musim ke-12 semalam.

Terdahulu, berita perceraian Nubhan mengejutkan ramai pihak apabila mengesahkan telah menceraikan isterinya, Dr Afifah.

Penyanyi itu sebelum ini melafazkan cerai kali pertama pada 2017, bagaimanapun kembali rujuk tiga hari kemudian. Perceraian kedua pula berlaku pada 26 Ogos lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 29 Ogos 2015, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6; dan Afzan Nayille, 3.

Mengulas tentang dakwaan memiliki rumah di Southville, Dengkil , Selangor, kata Nubhan rumah itu hanyalah rumah sewa, bukan dibeli seperti dikatakan.

“Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam rumah tangga kami. Jadi rumah itu saya sewa agar saya dapat mengasingkan diri.

“Saya perlu jaga emosi anak-anak. Saya tak mahu mereka lihat dan kenang apa yang berlaku antara saya dan isteri,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN