KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd. Sany Hamzan secara sinis mencadangkan supaya keempat-empat negeri pembangkang di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak diberikan peruntukan dalam Belanjawan 2026. Sany berkata, permintaan itu dibuat atas rasional pihak pembangkang asyik mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan. Beliau membuat permintaan itu ketika mencelah ucapan perbahasan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd. Shahar Abdullah semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 (Belanjawan…