PUTRAJAYA: Syarikat pengendali pengangkutan yang berulang kali melakukan kesalahan bakal berdepan tindakan lebih tegas dengan lesen atau permit operasi mereka boleh digantung, malah dibatalkan sepenuhnya oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu akan dilaksanakan menerusi kerangka pentadbiran baharu bagi memperkukuh tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat pengendali berisiko tinggi. Beliau berkata, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan APAD untuk melaksanakan kerangka pentadbiran baharu itu…