Stesen TV, radio diarah siar Qunut Nazilah 

Stesen TV, radio diarah siar Qunut Nazilah 

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua stesen televisyen dan radio seluruh negara diarah untuk menyiarkan bacaan doa Qunut Nazilah dalam slot-slot siaran utama, bermula hari ini. 

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, arahan itu susulan tindakan rejim Zionis Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa dengan memintas serta menahan pasukan Global Sumud Flotilla (GSF). 

Beliau berkata, langkah itu juga sebagai doa solidariti oleh rakyat Malaysia terhadap semua aktivis kemanusiaan yang ditahan serta berdepan saat getir ketika ini.

“Saya juga telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mempertingkat pemantauan terhadap segala kandungan berkaitan konflik ini di ruang siber Malaysia. 

“Tindakan tegas dan segera akan dilaksanakan terhadap sebarang cubaan untuk menyebarkan propaganda zionis atau naratif yang bersifat hasutan serta menjejaskan keharmonian dan sensitiviti awam,” katanya menerusi kenyataan akhbar, hari ini.  

Beliau turut menyeru seluruh rakyat untuk merujuk maklumat yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar dan sumber-sumber rasmi, termasuk saluran rasmi Sumud Nusantara Command Centre yang dikendalikan oleh Majlis Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), bagi mengelakkan penyebaran berita palsu atau tidak sahih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN