PORT DICKSON: Usaha memperkukuh integriti dan profesionalisme warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus diperkasa menerusi pelaksanaan Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) 2025 yang dijalankan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Program selama tiga hari bermula 15 Oktober lalu itu memberi penekanan kepada latihan pentauliahan pengendalian ujian saringan awal air kencing bagi memastikan pelaksanaannya menepati piawaian integriti serta tatakelakuan profesional yang digariskan oleh SPRM. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan…