KUALA NERUS: Skuad Terengganu FC (TFC) berputih mata di laman sendiri selepas tunduk 1-4 kepada Kuching City FC dalam aksi suku akhir pertama saingan Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam ini. Pasukan pelawat bermula garang apabila penyerang import, Ronald Ngah Wanja meletakkan skuad The Cats di depan seawal minit kelapan selepas menyambar hantaran licik Petrus Shitembi dari luar kotak penalti. Empat minit kemudian, Ngah Wanja…