KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 membuka tirainya hari ini dengan dengan Majlis Pembukaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Di sebalik tumpuan terhadap isu geopolitik besar, sidang kemuncak Asean tahun ini turut membawa simbolisme mendalam dengan penyertaan rasmi Timor-Leste sebagai anggota ke-11 Asean, satu peristiwa di bawah pengerusian Malaysia.
Sidang dimulakan dengan kehadiran pemimpin utama negara termasuk Timor-Leste sebagai anggota baharu ASEAN yang dihadiri Presiden, Jose Ramos-Horta dan Perdana Menteri, Kay Rala Xahana Gusmao.
Majlis dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN di samping Presiden Filipina, Ferdinand R. Marcos Jr. yang bakal menjadi tuan rumah ASEAN tahun depan.
Antara hadir, Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah; Presiden Indonesia, Prabowo Subianto; Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet; Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone; Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong; Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh.
Anutin lewat malam tadi setelah Thailand dikejutkan dengan berita kemangkatan bonda Raja Thailand, Ratu Sirikit.
Sidang Kemuncak ASEAN kali ini menghimpunkan semua pemimpin negara anggota ASEAN dan rakan dialog utama termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea Selatan dan Kesatuan Eropah.
Antara pemimpin hadir, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump; Perdana Menteri Kanada – Mark Carney; Perdana Menteri China, Li Qiang; Perdana Menteri Jepun, Perdana Menteri, Sanae Takaichi; Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon, Timbalan Perdana Menteri Russia, Alexander Novak.
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2024 membawa tema “Keterangkuman dan Kemampanan”, menumpukan kepada usaha memperkukuh perpaduan, kemakmuran dan daya tahan rantau ini.
Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 bermula hari ini dan berakhir pada 28 Oktober.-UTUSAN










