Semua program anjuran kerajaan perlu guna Bahasa Melayu sepenuhnya – JPA

Semua program anjuran kerajaan perlu guna Bahasa Melayu sepenuhnya – JPA

Sebarang perkara, aktiviti, program dan projek yang dianjur atau diuruskan Kerajaan Malaysia hendaklah menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebarang perkara, aktiviti, program dan projek yang dianjur atau diuruskan Kerajaan Malaysia hendaklah menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), ia selaras dengan komitmen dan ketetapan kerajaan bagi memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu.

Arahan itu dinyatakan menerusi Surat Edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) mengenai penggunaan Bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi kerajaan bertarikh hari ini.

Menurut surat edaran yang ditandatangani KPPA, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Wan Abdul Aziz itu, arahan tersebut selaras surat dari JPA bertarikh 9 Ogos 2022 yang telah menjelaskan keperluan untuk memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi perkhidmatan awam.

Selaras dengan keperluan tersebut, Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian PO.1.1.1: Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Perkhidmatan Awam turut diperkenalkan.

“Bahasa Melayu hendaklah diberi keutamaan dan digunakan secara menyeluruh dari segi aspek nama, tema, tajuk, latar belakang, isi kandungan dan apa-apa maklumat yang berkaitan urusan rasmi perkhidmatan awam.

“Bagi memastikan ketetapan ini tidak menjejaskan kelancaran penyampaian perkhidmatan dan memberi implikasi perundangan kepada kerajaan, pihak berkenaan dimohon untuk meneliti, menyemak dan mengambil tindakan yang bersesuaian berhubung perkara ini.

“Perhatian serius hendaklah diberikan terutamanya bagi sebarang perkara yang melibatkan kepentingan awam dan negara,” memetik surat edaran itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN