BUTTERWORTH : Seorang pemandu lori didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu memiliki dan menyimpan ribuan liter diesel subsidi tanpa kebenaran ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Tertuduh, Mohammad Syafiq Jaily Abdullah, 35, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Roslan Hamid. Roslan turut memerintahkan agar tertuduh dipenjara sehingga 12 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Pada masa yang sama, beliau juga…