Selepas AS, China jadi tumpuan ASEAN

Selepas AS, China jadi tumpuan ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak Ke-47 diteruskan dengan sesi dialog khususnya bersama pemimpin besar dunia termasuk China.

Menurut program hari kedua sidang, program bermula dengan Sidang Kemuncak ASEAN–Republik Korea ke-26, Sidang Kemuncak ASEAN Plus Three ke-28 dan Sidang Kemuncak Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) kelima.

Selain itu, Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20 dan Sidang Kemuncak ASEAN-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-15.

Namun mencuri tumpuan Sidang ASEAN Plus Three (APT) terdiri daripada sepuluh Negara Anggota ASEAN serta Republik Rakyat China, Jepun dan Republik Korea yang menjadi platform mempromosikan Kerjasama Asia Timur ke arah matlamat jangka panjang untuk membentuk Komuniti Asia Timur dengan ASEAN sebagai pemacu utama.

Perdana Menteri China, Li Qiang dijangka hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN kali ini setelah beliau tiba di Malaysia semalam.

Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN apabila beliau menyertai Sidang ASEAN-AS dan Pelan Perjanjian Damai Kemboja-Thailand semalam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN