Sebelum kahwin saya pernah akui tak pandai memasak - Ayda Jebat - Utusan Malaysia

Sebelum kahwin saya pernah akui tak pandai memasak – Ayda Jebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat, mengakui dirinya bukanlah seorang yang mahir di dapur.

Bagaimanapun, akui Ayda, dia kini sedang berusaha untuk memperbaiki kemahiran memasak demi keluarga kecilnya.

Menurut Ayda, sejak berkahwin dengan pengacara dan pelakon Nabil Mahir, dia sudah memaklumkan kepada suaminya bahawa memasak bukanlah kepakarannya.

Namun, kata Ayda, Nabil menerima perkara itu dengan hati terbuka dan tidak pernah memaksanya untuk memasak.

“Sebelum kahwin, saya dah beritahu Nabil yang saya tak pandai masak. Dia pun cakap tak apa, tak perlu masak,”ujarnya.

Namun, kongsi penyanyi ini lagi, setelah mereka berpindah ke rumah sendiri, dia mula menunjukkan minat untuk memasak.

“Bila saya masuk dapur nak cuba masak, dia jeling macam terkejut, ‘demam ke isteri aku ini?’.

“Tapi bila dah siap dan dia rasa, dia cakap ‘sedap, sedap, sedap’, walaupun muka dia lain macam,” selorohnya.

Ayda turut berkongsi bahawa rata-rata peminat memberi kata semangat supaya dia terus berusaha memasak.

“Ramai komen suruh saya teruskan. Saya pun rasa bersemangat. Sekurang-kurangnya nanti anak ingat air tangan mak,” ujarnya.

Sementara itu, dalam nada berseloroh, pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu juga mengakui anak sulungnya, Nayla, gemar menikmati makanan Jepun.

“Nampaknya saya kena belajar masak di Jepunlah macam ini, sambil-sambil boleh bercuti,” katanya-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN