‘Saya tinggalkan Malaysia sebuah negara hebat’

‘Saya tinggalkan Malaysia sebuah negara hebat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini meninggalkan Malaysia selepas lawatan rasmi yang disifatkannya sebagai sangat berjaya dan bermakna.

Dalam satu kenyataan di platform media sosialnya, Trump menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang hebat dan sangat berdaya hidup.

Trump berkata, bahawa beberapa perjanjian penting telah dimeterai semasa kunjungan beliau.

Antara yang diumumkan termasuk perjanjian perdagangan utama serta kerjasama dalam bidang nadir bumi, yang dilihat berpotensi mengukuhkan hubungan ekonomi antara Amerika Syarikat dan Malaysia.

Trump juga memainkan peranan dalam memeterai Perjanjian Damai antara Thailand dan Kemboja, yang menurutnya bakal mengakhiri ketegangan berpanjangan di sempadan kedua-dua negara.

“Tiada perang! Jutaan nyawa diselamatkan. Suatu penghormatan besar kerana berjaya menyelesaikan perkara ini,” kata Trump dalam kenyataannya di Truth Social.

Terdahulu, Presiden AS itu berlepas dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini selepas selesai menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, di ibu negara.

Pesawat Boeing Air Force One yang membawa beliau berlepas dari KLIA pada pukul 10.06 pagi

Pemimpin kuasa besar itu mengadakan lawatan ke Malaysia selama dua hari bermula semalam bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Beliau dijadual meneruskan lawatan ke Jepun selepas mengakhiri rangka lawatannya di Malaysia.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN