KUALA LUMPUR: Pelakon dan usahawan, Zahnita Wilson meluahkan rasa gembira apabila operasi kedai keknya diteruskan seperti biasa.
Berkongsi khabar gembira itu di Instagram, Zahnita berterima kasih kepada pengurusan dan kakitangannya yang bekerja keras memastikan perniagaan tersebut tidak ditutup.
“Saya ingin mengambil peluang ini untuk meleraikan kekeliruan yang timbul berikutan perkongsian saya semalam.
“Pengurusan dan kakitangan saya telah menyelesaikan segala kesulitan, justeru saya memberi jaminan yang perniagaan saya tidak akan ditutup.
“Cuma saya akui saya keletihan dan memerlukan masa untuk berehat daripada kerja agar saya dapat menenangkan diri serta mengumpul semula tenaga dan kekuatan.
Semalam, Zahnita memaklumkan terpaksa kedai kek dan pastri yang beroperasi sejak 1 Jun lalu itu terpaksa ditutup akibat jualan kurang memberangsangkan selain Zahnita yang mengalami tekanan emosi dan fizikal.
Sementara itu Zahnita dalam perkongsian yang sama turut berterima kasih kepada pihak yang sentiasa memberi sokongan kata-kata semangat kepadanya.










