BACHOK: Masalah bekalan air yang sering menghantui golongan petani bakal diselesaikan apabila kerajaan memperuntukan RM400 juta untuk kerja-kerja menaik taraf 18 projek sistem pengairan di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Luqman Ahmad berkata, masalah itu menjejaskan kualiti dan produktiviti hasil tanaman padi. “Sistem pengairan adalah masalah utama yang dihadapi oleh para petani selain peningkatan…