PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menggunakan peruntukan RM21.2 bilion secara menyeluruh bagi memperkukuh kesiapsiagaan keselamatan negara termasuk pemantapan aset, peningkatan kawalan sempadan serta keupayaan menghadapi ancaman siber dan jenayah digital. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, peningkatan peruntukan dalam Belanjawan 2026 berbanding RM19.5 bilion tahun sebelumnya, mencerminkan pengiktirafan besar kerajaan terhadap peranan penting KDN dalam memastikan keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan rakyat terus terjamin. “Peningkatan peruntukan…