Rizab antarabangsa meningkat AS$123.6 bilion - Utusan Malaysia

Rizab antarabangsa meningkat AS$123.6 bilion

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$123.6 bilion pada 30 September 2025 berbanding AS$122.8 billion pada 12 September 2025.

Bank Pusat itu dalam kenyataan berkata, paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing. 

“Paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

“Komponen utama rizab antarabangsa merangkumi rizab mata wang asing berjumlah AS$109.3 bilion kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion) hak pengeluaran khas (AS$5.9 bilion), emas (AS$4.8 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.3 bilion),” katanya dalam kenyataan.

Menurut kenyataan tersebut, aset bank pusat itu berjumlah RM625.062 bilion, yang terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM520.90 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.42 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.41 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM27.81 bilion), tanah dan bangunan (RM4.57 bilion) dan aset-aset lain (RM56.93 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM200.90 bilion), mata wang dalam edaran (RM172.05 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM133.01 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM11.68 bilion), deposit lain (RM65.51 bilion), kertas Bank Negara (RM8.36 bilion), peruntukan SDR (RM27.87 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM5.56 bilion). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN