PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus menguji paras pertukaran RM4.20 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam masa terdekat didorong sentimen pasaran tempatan yang bertambah baik dan faktor luar negara. Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, ringgit telah mencapai RM4.185 beberapa minggu lalu, berikutan kelemahan dolar AS yang kini kembali mengukuh kepada RM4.22. “Faktor luar negara turut memberi kesan kepada prestasi ringgit, antaranya ialah kemungkinan…