GEORGE TOWN : Hujan lebat disertai angin kencang dan ribut yang melanda beberapa kawasan di negeri ini sejak awal pagi tadi mengakibatkan tujuh kejadian pokok tumbang termasuk yang menghalang lalu lintas dan menghempap kabel elektrik. Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, John Sagun Francis, kejadian itu dipercayai berlaku antara pukul 6 hingga 8 pagi. Katanya, antara kawasan yang terjejas ialah berhampiran…