PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki warga Sri Lanka ditahan kerana menyamar sebagai rakyat negara ini untuk memohon pasport Malaysia dengan mengupah wanita tempatan menyamar sebagai ibu kandung. Kejadian berlaku sekitar pukul 10.15 pagi apabila seorang kanak-kanak berusia 10 tahun bersama ‘ibunya’ berurusan di kaunter Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu. Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata berkata, pegawai imigresen meneliti surat beranak kanak-kanak berusia 10 tahun terbabit…